Monday, May 10, 2010

learn a language

Layarilah http://malay.cri.cn/everydaychinese/ untuk belajar bahasa mandarin harian. Yang seronoknya anda akan mendegar mereka menterjemahkan pelajaran tersebut di dalam bahasa MELAYU. Penggunaan 'slang' bahasa Melayu mereka pula adalah 'Slanga' bahasa Melayu baku-China, dan bukannya 'dialek' bahasa Cina-Melayu Malaysia.

keistimewaan kad OKU

Kad OKU ini hanya boleh diperoleh dengan mendaftarkan diri di Pejabat JKM Daerah di tempat tinggal OKU berkenaan dengan perakuan doktor. Kad terbahagi kepada enam jenis warna mengikut kategori ketidakupayaan iaitu penglihatan (biru), pendengaran (ungu), fizikal (hijau), cerebral palsy (merah), masalah pembelajaran (kuning) dan lain-lain (oren).

Tujuan pendaftaran dengan JKM adalah untuk mengumpul data atau statistik bagi maksud perancangan perkhidmatan atau program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Walaupun pendaftaran adalah atas dasar sukarela, ia seharusnya digalakkan bagi OKU mendapatkan segala kemudahan dan insentif yang disediakan bukan sahaja oleh pihak kerajaan, tetapi juga swasta.

Keistimewaan kepada OKU

1) Pelbagai keistimewaan yang disediakan kementerian dan agensinya untuk OKU akan mudah disalurkan kepada OKU yang berdaftar. Umpamanya Kementerian Pelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan program khas kepada kanak-kanak daripada kategori kurang upaya penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah pendidikan khas dan melalui program integrasi di sekolah biasa.

2) Pengecualian bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran.

3) Bagi pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mereka diberi elaun khas bulanan sebanyak RM300. Kemudahan ini adalah di bawah kelolaan Kementerian Penggajian Tinggi.

4) Pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan sekolah menengah pula diberikan elaun sebanyak RM150 sebulan. Kemudahan ini di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Khas.

5) Jabatan Tenaga Kerja menggalakkan pihak swasta menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan OKU melalui Jawatankuasa Penggalakkan Penggajian Orang Kurang Upaya di sektor swasta.

6) Pengecualian cukai jalan


Menurut JKM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga menyediakan kemudahan pengecualian cukai jalan bagi orang kurang upaya fizikal yang menggunakan kenderaan kereta, van dan motosikal buatan tempatan mulai tahun 2004.Insentif pengangkutan

Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) yang memberi tambang murah sehingga 50 peratus bagi penerbangan dalam negeri.


Keretapi Tanah Melayu Berhad – Tambang konsesi sehingga 50% bagi semua kelas perjalanan.

Syarikat bas Transnasional - Konsesi 50 peratus dari harga tambang

RapidKL memberi kemudahan tambang percuma kepada golongan kurang upaya.

7) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - Kemudahan menyewa rumah-rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan pengurangan kadar sewa.

8) Syarikat Perumahan Nasional Negara (SPNB) - Diskaun sebanyak 20 peratus kepada golongan OKU berpendapatan rendah untuk memperoleh rumah kos rendah dan sederhana.

9) Pengecualian bayaran rawatan di hospital atau pusat perubatan awam di negara ini.

10) Pengecualian bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (pasport antarabangsa).

brain gym ~ merangsang perkembangan otak

Sekalar Otak (Brain Button)

Letakkan jari telunjuk dan ibu jari tangan kanan di bawah tulang selangka dan gerak secara membulat dengan perlahan. Telapak tangan kiri diletakkan di atas pusat.Gerakan ini diulang dengan tangan kiri pula.

Gerakan Silang (Cross Crawl)

Angkat tangan kanan, tepuk peha kiri. Dan angkat tangn kiri, tepuk peha kanan. Gerakan ini diulang dengan gerakan kanan dan kiri secara bergilir

Gerakan Silang (Cross Crawl)

Angkat tangan kanan, tepuk peha kiri. Dan angkat tangn kiri, tepuk peha kanan. Gerakan ini diulang dengan gerakan kanan dan kiri secara bergilir

Titik Positif (Positive Point)
Sentuh titik dahi, kira-kira di antara perbatasan rambut dan alis. Lakukan selama 30-60 detik.
Manfaat : Menenangkan fikiran

8 Tidur (Lazy's 8)
Angkat tangan kanan. Lukis angka 8 tidur. Arahkan mata ke ibu jari, ikuti setiap gerakkan ibu jari. Ganti tangan sebelahnya.

Tulisan di atas pasir

Di pesisir sebuah pantai, tampak dua anak sedang berlari-larian, bercanda, dan bermain dengan riang gembira. Tiba-tiba, terdengar pertengkaran sengit di antara mereka. Salah seorang anak yang bertubuh lebih besar memukul temannya sehingga wajahnya menjadi biru lebam. Anak yang dipukul itu diam terpaku seketika. Lalu, dengan mata berkaca-kaca dan raut muka marah menahan sakit, tanpa berbicara sepatah kata pun, dia menulis di atas pasir: “Hari ini temanku telah memukul aku !!!”


Teman yang lebih besar merasa tidak enak, tersipu malu tetapi tidak pula berkata apa-apa. Setelah setelah itu, dasar-anak-anak, mereka segera kembali bermain bersama. Saat lari berkejaran, kerana tidak berhati-hati, tiba-tiba anak yang dipukul tadi terjerumus ke dalam lubang perangkap binatang. “Aduh…. Tolong….Tolong!” ia berteriak meminta tolong. Temannya segera menjenguk ke dalam lubang dan berkata, “Teman, adakah engkau terluka? Jangan takut, tunggu sebentar, aku akan segera mencari tali untuk menolongmu.” Bergegas anak itu berlari mencari tali. Saat dia kembali, dia berteriak lagi menenangkan sambil mengikatkan tali ke sebatang pokok. “Teman, aku sudah datang! Tangkap tali ini dan ikatkan dipinggangmu, pegang erat-erat, aku akan menarikmu keluar dari lubang.”

Dengan susah payah, akhirnya teman kecil itu pun berhasil dikeluarkan dari lubang dengan selamat. Sekali lagi, dengan mata berkaca-kaca, dia berkata, “Terima kasih, sahabat!” Kemudian, dia bergegas berlari mencari sebuah batu karang dan berusaha menulis di atas batu itu, “Hari ini, temanku telah menyelamatkan aku.”

Temannya yang diam-diam mengikuti dari belakang bertanya kehairanan, “Mengapa setelah aku memukulmu, kamu menulis di atas pasir dan setelah aku menyelamatkanmu, kamu menulis di atas batu?” Anak yang di pukul itu menjawab sabar, “Setelah kamu memukul, aku menulis di atas pasir kerana kemarahan dan kebencianku terhadap perbuatan buruk yang kamu perbuat, ingin segera aku hapus, seperti tulisan di atas pasir yang akan segera terhapus bersama tiupan angin dan sapuan ombak.”



”Tapi, ketika kamu menyelamatkan aku, aku menulis di atas batu, kerana perbuatan baikmu itu akan kukenang dan akan terpatri selamanya di dalam hatiku, sekali lagi, terima kasih sahabat.”

Moral Of The Story : Hidup dengan memikul beban kebencian, kemarahan dan dendam, sungguh melelahkan. Apalagi bila orang yang kita benci itu tidak sengaja melakukan bahkan mungkin tidak pernah tahu bahwa dia telah menyakiti hati kita, sungguh ketidakbahagiaan yang sia-sia. Memang benar…. bila setiap kesalahan orang kepada kita, kita tuliskan di atas pasir, bahkan di udara, segera berlalu bersama tiupan angin, sehingga kita tidak perlu kehilangan setiap kesempatan untuk berbahagia.Sebaliknya… tidak melupakan orang yang pernah menolong kita, seperti tulisan yang terukir di batu karang. Yang tidak akan pernah hilang untuk kita kenang selamanya.”

to realize ~~~

To realize the value of a sister
Ask someone who doesn’t have one.

To realize the value of ten years:
Ask a newly divorced couple.

To realize the value of four years:
Ask a graduate.

To realize the value of one year:
Ask a student who has failed a final exam.

To realize the value of nine months:
Ask a mother who gave birth to a still born.

To realize the value of one month:
Ask a mother who has given birth to a premature baby.

To realize the value of one week:
Ask an editor of a weekly newspaper.

To realize the value of one hour:
Ask the lovers who are waiting to meet.

To realize the value of one minute:
Ask a person who has missed the train, bus or plane.

To realize the value of one-second:
Ask a person who has survived an accident.

To realize the value of one millisecond:
Ask the person who has won a silver medal in the Olympics.

To realize the value of a friend:
Lose one.

Time waits For no one.
Treasure every moment you have.
You will treasure it even more when you can share it with someone special.

himpunan warga pendidik....



Saturday, May 8, 2010

ketika itu...

usai hujung minggu ini, ana mencuri beberapa tika waktu untuk menyelusuri cerita ketika cinta bertasbih. benarlah cinta yang dianjurkan oleh ISLAM merupakan satu kerahmatan kepada setiap makhluk ALLAH. terdetik di hati, adakah ana mampu mempraktikkan sebegitu tindakan? ermm tepuk dada tanya iman. :-)

~5 star rating tuk citer tu. terkesan di hati terlekat di minda