Saturday, October 24, 2009

buat sehabis baik

mungkin teman-teman sekalian masih dalam proses merehatkan diri. almaklumlah baru pulang dari pengiktifan gelaran "penolong pemimpin" daripada kem kepimpinan pengakap. benarlah kata pepatah, jauh berjalan luas pengalaman. tempoh 4 hari 3 malam berada di Juasseh merupakan satu jangka waktu di mana terselitnya pelbagai pengalaman menarik untuk dikenang kelak. apa yang ana harapkan daripada pengalaman tersebut boleh mematangkan lagi diri terutamanya dalam menggalas peranan sebagai seorang bakal pendidik, insya allah dalam tempoh 2 tahun lagi.

teringat kata-kata seorang jurulatih, "sekali berpengakap selamanya akan berpengakap". apabila difikirkan semula lontaran kata-kata tersebut, tenyata ia mengandungi 1001 makna untuk terjermah dan difahami oleh setiap yang membacanya. hehe.

cukuplah di sini sahaja entri ana pada kali ini. sebelum ana menoktahkan ayat-ayat yang terakhir izinkan ana untuk berkongsi satu madah yang telah dicoretkan oleh seorang teman kita ;

~dalam hidup terkadang kita kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia~

p/s : hmm betul ke ek?

percubaan pertama

salam ukhwah buat teman-teman

tidak banyak yang ingin diterjemahkan firasat ana pada coretan yang pertama ini. boleh dianggap sebagai sekadar suatu mukadimah dalam permulaan.

"lontaran kata-kata yang tidak bersuara yang hanya menari-nari di ruang maya bukanlah satu ekspresi mahupun luahan perasaan seorang insan yang bernama manusia"

terokailah dan fahamilah dunia di sekeliling anda.
pasti anda akan mengerti akan pengertian hidup yang harus disyukuri.